Majlis Pelepasan Kontinjen MALA MPHS 2026

MAJLIS PELEPASAN KONTINJEN MALA MPHS 2026

5 Ogos 2026 | Kuala Kubu Bharu – Majlis Pelepasan Kontinjen MALA MPHS bagi acara E-Games dan Snuker telah diadakan di Bilik Mesyuarat Chiling sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada para peserta yang akan mewakili Majlis Perbandaran Hulu Selangor ke Kejohanan MALA 2026 di Pulau Pinang.
Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS; Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Timbalan Yang Dipertua MPHS; YAD Engku Orang Kaya Mahabijaya Hulu Selangor, Raja Dato' Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor.
Turut hadir Encik Khairul Anuar bin Khalid, Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK MPHS); serta Encik Fariz bin Mat Nasir, Pegawai Sukan KSDK MPHS.
Kehadiran semua telah mencerminkan komitmen dan sokongan padu pihak pengurusan terhadap pembangunan sukan serta semangat warga MPHS dalam mengharumkan nama majlis di peringkat MALA.
Majlis turut diserikan dengan sesi simbolik penyerahan bendera kontinjen MALA dan jersi rasmi MPHS kepada Yang Dipertua MPHS, Puan Julaihah binti Jamaludin, sebagai lambang sokongan, semangat kebersamaan dan iltizam seluruh kontinjen MPHS dalam membawa cabaran Majlis Perbandaran Hulu Selangor ke pentas MALA 2026.
Majlis ini turut menjadi medan suntikan semangat dan motivasi kepada para atlet sebelum beraksi. Diharapkan setiap peserta dapat mempamerkan prestasi terbaik, mengekalkan semangat kesukanan yang tinggi serta membawa pulang kejayaan yang membanggakan buat MPHS.
Selamat maju jaya kepada seluruh kontinjen MPHS. Semoga perjalanan dipermudahkan, diberikan kekuatan sepanjang pertandingan, dan berjaya mengharumkan nama Majlis Perbandaran Hulu Selangor di pentas MALA 2026.

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 10 Ogos 2026, 08:06:59.
Jumlah Pelawat :
01334904

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015