SESI PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN MPHS DAN KASUT BOLA JARING SEMPENA PENYERTAAN KE KARNIVAL SUKAN MALA 2026
KUALA KUBU BHARU, 2 NOVEMBER 2026 – Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen MPHS serta kasut bola jaring telah berlangsung sebagai tanda sokongan dan dorongan pihak pengurusan kepada kontinjen MPHS yang bakal menyertai Karnival Sukan MALA 2026 Fasa 5 pada 17 hingga 19 November 2026 di Petaling Jaya, Selangor.
YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS telah menyampaikan amanat dan menyerahkan bendera kontinjen sebagai simbolik kepercayaan serta tanggungjawab yang digalas oleh setiap atlet dalam membawa nama MPHS ke pentas kejohanan.
Selamat maju jaya kepada seluruh kontinjen MPHS! Semoga semua atlet sentiasa mengekalkan semangat kesukanan, disiplin dan komitmen yang tinggi serta mampu memberikan persembahan terbaik sepanjang kejohanan. Mudah-mudahan segala usaha dan persiapan yang telah dilakukan membuahkan kejayaan serta mengharumkan nama Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
















