Majlis Perasmian MCE Auto Hub Di Bandar Industri Bernilai Tinggi Serendah
Serendah, 7 Julai 2026 – MCE Auto Hub secara rasminya memulakan operasi fasiliti pembuatan berteknologi tinggi bagi menghasilkan komponen elektronik dan mekatronik automotif. Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS dan TPr Gs. Azlina Binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar, MPHS.MCE Auto Hub yang terletak di Bandar Industri Bernilai Tinggi Serendah ini dibina di atas tanah seluas 8.25 ekar. Pelaburan keseluruhan bagi projek pemajuan ini bernilai RM 200 juta, manakala fasa pertama melibatkan nilai sebanyak RM 50 juta.
Untuk rekod, permohonan pelan pemajuan bagi MCE Auto Hub telah mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Hulu Selangor pada tahun 2023, dan kerja-kerja pembinaan telah bermula pada tahun 2024. Fasiliti ini kemudiannya berjaya memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada awal tahun 2026.
















