Majlis Tamat Latihan Penguat Kuasa Negeri Selangor Tahun 2026
25 September 2026, Kuala Langat – Majlis Tamat Latihan Penguat Kuasa Negeri Selangor Tahun 2026 telah berlangsung di Pusat Latihan Penguat Kuasa Selangor (PULAPES), Jugra, Banting dan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Amirul Azizan bin Abd. Rahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan). Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Tuan Muhammad Azrul Nizam bin Mohd Azizi, turut hadir bagi memberikan sokongan dan penghargaan kepada ketiga-tiga anggota MPHS yang berjaya menamatkan latihan.

Kursus asas ini berlangsung dari 20 Julai hingga 25 September 2026. Tiga anggota Jabatan Penguatkuasaan MPHS yang menyertainya ialah Pembantu Penguat Kuasa Nasri bin Ahmad, Pembantu Penguat Kuasa At-Tirmizi bin Razali dan Pembantu Penguat Kuasa Muhammad Aizat Farhan bin Mohd Zaini.
Lebih membanggakan, Pembantu Penguat Kuasa Muhammad Aizat Farhan telah menerima Anugerah Pelatih Keseluruhan Terbaik sebagai pengiktirafan terhadap prestasi, disiplin dan komitmen cemerlang yang ditunjukkan sepanjang latihan. Beliau juga diberi penghormatan untuk mengetuai perbarisan sebagai Komander Perbarisan pada majlis tersebut. Pencapaian ini menjadi kebanggaan MPHS dan mencerminkan dedikasi anggotanya dalam menjalankan tugas penguatkuasaan.
Syabas dan tahniah kepada ketiga-tiga anggota MPHS atas kejayaan menamatkan latihan. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.