MPHS Cipta Sejarah, Juara TEKKEN 8 MALA 2026!

MPHS CIPTA SEJARAH, JUARA TEKKEN 8 MALA 2026!

Bayan Baru, 9 Ogos 2026- Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mencipta sejarah apabila berjaya muncul sebagai JUARA Pertandingan Tekken 8 sempena Karnival Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) Fasa 3 Tahun 2026 – Sukan Elektronik yang berlangsung di SPICE Convention Centre, Bayan Baru, Pulau Pinang.
Lebih bermakna, kejuaraan ini merupakan kejuaraan pertama dalam sejarah penyertaan MPHS di Karnival Sukan MALA, setelah sekian lama mencuba dan menyertai pelbagai acara sukan pada edisi-edisi terdahulu. Penantian tersebut akhirnya terbalas menerusi kejayaan pasukan Tekken 8 MPHS yang berjaya membawa pulang gelaran juara.
Kejayaan ini juga hadir dalam satu detik yang cukup istimewa apabila Sukan Elektronik (e-sukan) buat julung kalinya diperkenalkan sebagai salah satu acara pertandingan dalam Karnival Sukan MALA. Sebelum ini, Karnival Sukan MALA lebih sinonim dengan pelbagai acara sukan fizikal dan konvensional yang melibatkan pihak berkuasa tempatan dari seluruh negara.
Penganjuran e-sukan ini membuka satu lembaran baharu dalam sejarah Karnival Sukan MALA, selari dengan perkembangan teknologi serta peningkatan penglibatan masyarakat dalam industri sukan elektronik. Lebih membanggakan, MPHS berjaya mencipta sejarah sebagai juara pertama bagi acara Tekken 8 dalam edisi sulung e-sukan MALA ini.
Bagi acara EAFC26 World Cup Edition, pasukan MPHS turut memberikan saingan yang cukup membanggakan apabila berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir yang menempatkan diri dalam ranking 7 terbaik secara keseluruhan. Pencapaian ini membuktikan keupayaan serta semangat juang kontinjen MPHS dalam bersaing dengan pasukan PBT dari seluruh negara.
Lebih membanggakan, kejuaraan Tekken 8 ini menjadi detik bersejarah buat MPHS, setelah banyak kali mencuba nasib dalam pelbagai acara sukan MALA sebelum ini. Kali ini, usaha, kesungguhan dan semangat tidak pernah berputus asa akhirnya membuahkan hasil dengan sebuah kejuaraan yang menjadi sejarah pertama buat MPHS.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan pemain Tekken 8 dan EAFC26 MPHS, pengurus E-Sport MPHS, jurulatih, urusetia serta seluruh warga MPHS yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan sepanjang kejohanan berlangsung.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 10 Ogos 2026, 08:06:59.
Jumlah Pelawat :
01334904

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015