MPHS MEMPERGIAT USAHA MITIGASI BANJIR MELALUI PROJEK NAIK TARAF SISTEM PERPARITAN DI TAMAN TASIK TERATAI, SERENDAH
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) melalui Jabatan Kejuruteraan telah menyempurnakan pelaksanaan projek menaik taraf sistem perparitan di Taman Tasik Teratai, Serendah sebagai langkah proaktif dalam menangani risiko banjir serta meningkatkan keberkesanan sistem saliran di kawasan berkenaan.
Projek ini memberi tumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur perparitan sedia ada bagi melancarkan aliran air, meningkatkan keupayaan saliran serta mengurangkan risiko limpahan air, khususnya ketika hujan lebat.
Pelaksanaan projek ini membuktikan komitmen berterusan MPHS dalam mempertingkatkan kualiti infrastruktur awam serta mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, selesa dan berdaya tahan demi kesejahteraan komuniti setempat.
















