MPHS Menerima Penarafan Bandar Pintar Perintis (Smart City Early Adopter) Tahap 1 Sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2026

MPHS Menerima Penarafan Bandar Pintar Perintis (Smart City Early Adopter) Tahap 1 Sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2026

Petaling Jaya, 4 November 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) terus melakar pencapaian membanggakan apabila menerima pengiktirafan Bandar Pintar Perintis (Smart City Early Adopter) Tahap 1 sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2026 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada hari ini.
Majlis perasmian sambutan tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Program ini turut menyaksikan peluncuran Rancangan Fizikal Negara Kelima (RFN5) dan Dasar Perbandaran Negara Ketiga (DPN3), selain penyampaian pelbagai anugerah dan pengiktirafan berkaitan perancangan serta pembangunan bandar mampan.
Hadir menerima pengiktirafan tersebut YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS bersama YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, EXCO Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor.
Pengiktirafan Bandar Pintar Perintis (Smart City Early Adopter) Tahap 1 ini merupakan satu pencapaian penting dalam usaha MPHS memperkukuh transformasi digital, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memperkasakan tadbir urus bandar berasaskan teknologi dan data.
Sambutan HPBS 2026 yang bertemakan “Bandar Kita, Masa Depan Kita” dengan aspirasi “Bersama Melakar Malaysia Makmur, Berdaya Tahan dan Sejahtera” menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama dan komitmen semua pihak ke arah pembangunan bandar yang lebih inklusif, berdaya tahan dan mampan.
Tahniah kepada seluruh warga MPHS atas komitmen dan usaha berterusan dalam memacu agenda bandar pintar demi kesejahteraan komuniti Hulu Selangor.
 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Khamis 05 November 2026, 02:58:04.
Jumlah Pelawat :
01404177

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015