Operasi Menembak Gagak Siri 2/2026 MPHS Berjaya Hapus 1,930 Ekor Gagak

OPERASI MENEMBAK GAGAK SIRI 2/2026 MPHS BERJAYA HAPUS 1,930 EKOR GAGAK

KUALA KUBU BHARU, 22 November 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menerusi Unit Kawalan Serangga Perosak (UKSP), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) berjaya menghapuskan sebanyak 1,930 ekor burung gagak dalam Operasi Menembak Gagak Siri 2/2026 yang berlangsung di sekitar kawasan Hulu Selangor pada hari Ahad baru-baru ini. Operasi bersepadu yang bertujuan mengawal populasi haiwan perosak bandar itu melibatkan penyertaan seramai 14 orang penembak yang berdaftar dan berlesen.

Majlis perasmian operasi telah disempurnakan oleh Yang Dipertua (YDP) MPHS, YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, A.M.S., dengan kehadiran Inspektor Mohd Azmeer bin Jalaludin dari Jabatan Pelesenan dan Sarjan Ikhwan Shafiq dari Jabatan Persenjataan IPD Hulu Selangor., bersama kakitangan Jabatan Penguatkuasa serta Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) MPHS. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa operasi bersepadu ini merupakan langkah proaktif pihak majlis dalam menangani kacau ganggu burung gagak yang menjejaskan keselesaan penduduk. Beliau turut merakamkan penghargaan atas kerjasama erat pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta semua penembak berlesen bagi memastikan aspek keselamatan awam sentiasa menjadi keutamaan sepanjang operasi dijalankan.

Bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang operasi dijalankan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) MPHS turut mendapat kerjasama strategik daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor. Kerjasama ini melibatkan sesi taklimat keselamatan serta pematuhan prosedur penggunaan senjata di lapangan yang disampaikan oleh Kpl Muhamad Hafezy bin Abd Hamid dari Jabatan Persenjataan IPD Hulu Selangor. Sementara itu, pembahagian kumpulan penembak dan kakitangan pengiring daripada JPSPPA telah diselaraskan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Unit Kawalan Serangga Perosak (UKSP) MPHS, Nurain Fasehah binti Razman.

Inisiatif yang dilaksanakan oleh Unit Kawalan Serangga Perosak (UKSP), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) MPHS ini bertujuan mengurangkan gangguan bunyi bising, mengelakkan kerosakan harta benda awam, serta membendung risiko penyebaran penyakit zoonotik yang boleh menjejaskan tahap kesihatan dan kesejahteraan komuniti setempat. Namun demikian, pihak majlis menegaskan bahawa usaha mengawal populasi burung gagak tidak hanya bergantung kepada tindakan penguatkuasaan semata-mata, sebaliknya memerlukan kesedaran dan penglibatan aktif daripada penduduk setempat.

Sehubungan itu, MPHS menyeru seluruh warga Hulu Selangor agar bersama-sama menyokong agenda kelestarian bandar sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan. Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan pengurusan sisa pepejal yang teratur dengan memastikan tong sampah sentiasa bertutup rapat serta mengelakkan pembuangan sampah secara merata-rata bagi menyekat sumber makanan burung gagak. Pada masa yang sama, MPHS terus komited melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan komuniti secara berterusan demi memelihara kebersihan serta kesihatan persekitaran di daerah ini.
 
 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Rabu 25 November 2026, 00:00:00.
Jumlah Pelawat :
01419630

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015