Program Celebration of Cultures Sempena Petaling Jaya International Youth Leadership Camp (PJIYLC) 2026

CELEBRATION OF CULTURES MERIAHKAN PJIYLC 2026

Petaling Jaya, 26 Ogos 2026 – Program “Celebration of Cultures” sempena Petaling Jaya International Youth Leadership Camp (PJIYLC) 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah di Auditorium, Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya.
Majlis telah disempurnakan oleh Dato’ Yazid bin Sairi, Datuk Bandar Petaling Jaya, yang turut bersama-sama meraikan para peserta dan delegasi dari dalam serta luar negara dalam satu suasana penuh warna-warni, semangat persahabatan dan kepelbagaian budaya.
Turut hadir mewakili Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) ialah Encik Nurazhar bin Mohammad Jaini, Penolong Pegawai Perancang Bandar MPHS bersama para pegawai. Dalam sesi pertukaran cenderamata antara delegasi, beliau turut berkesempatan menyerahkan cenderamata kepada Datuk Bandar Petaling Jaya, sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan daripada delegasi Hulu Selangor.
Program ini menjadi antara pengisian istimewa PJIYLC 2026 yang menghimpunkan peserta dari dalam dan luar negara, termasuk delegasi daripada rangkaian Bandar Persahabatan Petaling Jaya iaitu Asan dan Seongbuk-gu, Korea Selatan; Miyoshi, Jepun; Qingyuan, China; serta Bandung, Indonesia.

10 PELAJAR, 5 SEKOLAH MEWAKILI HULU SELANGOR
Delegasi Hulu Selangor terdiri daripada 10 orang pelajar yang mewakili lima buah sekolah, iaitu:
* SMK Dato’ Haji Kamaruddin
* SMK Kuala Kubu Bharu
* SMK Syed Mashor
* SMK Sungai Choh
* SMK Bandar Sungai Buaya
Menerusi Celebration of Cultures, para peserta berpeluang mempersembahkan dan berkongsi keunikan budaya masing-masing, di samping mengenali adat, tradisi dan identiti rakan-rakan dari negara lain.
Program ini bukan sahaja menjadi platform pertukaran budaya, malah membantu membina keyakinan diri, semangat kerja berpasukan, toleransi, saling menghormati serta jaringan persahabatan antarabangsa dalam kalangan generasi muda.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua 10 orang pelajar yang mewakili Hulu Selangor serta lima buah sekolah yang terlibat atas komitmen, keberanian dan semangat yang ditunjukkan sepanjang program. Semoga pengalaman berharga di PJIYLC 2026 menjadi pemangkin untuk terus melahirkan generasi muda Hulu Selangor yang berkeyakinan, kreatif, berwawasan serta mampu menjadi pemimpin masa hadapan.

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Rabu 02 September 2026, 03:45:50.
Jumlah Pelawat :
01355252

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015