Program Rewang Komuniti Strata 2026
Serendah, 31 Oktober 2026 – PPR Serendah, Serendah telah dipilih sebagai lokasi
Program Rewang Komuniti Strata 2026 anjuran Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Borhan Aman Shah, EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor pada 31 Oktober 2026 bertempat di PPR Serendah.

Program anjuran Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) melalui anak syarikatnya Perumahan Hartanah Selangor Berhad (PHSSB) kerjasama MPHS serta rakan-rakan strategik ini telah berlangsung selama 1 hari bermula dari awal pagi hingga malam. Aktiviti utama program adalah rewang penyediaan makanan yang dilaksanakan secara gotong-royong oleh penduduk komuniti strata setempat.
Penganjuran program ini bertujuan menjadi platform untuk menyatukan penghuni pangsapuri, mengeratkan hubungan kejiranan serta mewujudkan ruang komunikasi yang lebih berkesan dalam kalangan komuniti strata.
Selain aktiviti rewang, program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian lain seperti pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma, pameran agensi, Fun Walk, sukan rakyat serta ziarah kasih. Program diakhiri dengan majlis kenduri makan malam yang menyajikan hidangan disediakan secara rewang oleh penduduk setempat.
Hadir sama dalam majlis perasmian ialah Encik Mohs Hafiz Bin Hasan, Memangku Pengarah Eksekutif LPHS; YBrs. Tuan Yuhanas Auree Kamaruddin, Pegawai Daerah Hulu Selangor; YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS; dan Puan Dewi Dirwana Munasir, Setiausaha MPHS.