Program Sarapan Pagi Percuma Tabung Endowmen MPHS Tahun 2026

PROGRAM SARAPAN PAGI PERCUMA TABUNG ENDOWMEN MPHS TAHUN 2026

Pada minggu ini, Team Endowmen MPHS telah melaksanakan program penyampaian sarapan pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor dengan mengagihkan pek sarapan yang mengandungi pisang, roti dan susu kepada para pelajar.

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor merupakan sekolah terakhir bagi pelaksanaan Program Sarapan Pagi Percuma Tabung Endowmen MPHS untuk tahun 2026.

Sepanjang pelaksanaan program bagi tahun 2026, sebanyak 80 buah sekolah dan 9 Program Pendidikan Khas telah menerima manfaat Program Sarapan Pagi Percuma Tabung Endowmen MPHS dengan jumlah keseluruhan sebanyak 28,596 pek sarapan pagi telah berjaya diedarkan.

Turut hadir bersama-sama Team Endowmen MPHS bagi menyampaikan pek sarapan pagi percuma ialah Tn. Chinniah a/l Subramaniam, Ahli Majlis MPHS Zon 13; Encik Shaiful Rizza bin Hj. Piamin, Pengarah Jabatan Perbendaharaan MPHS; dan Encik Samsul Kamal bin Abd. Aziz, Ketua Bahagian Audit Dalam MPHS.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Tabung Endowmen MPHS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah memberikan sokongan serta sumbangan kepada Tabung Endowmen MPHS.

Sumbangan yang diterima amat bermakna dalam memastikan program-program kebajikan dan pendidikan dapat terus dilaksanakan serta memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat, khususnya para pelajar dan golongan yang memerlukan di Hulu Selangor.

Orang ramai, syarikat swasta, badan korporat serta mana-mana pihak yang berhasrat untuk bersama-sama menyokong usaha ini adalah dialu-alukan untuk menyumbang kepada Tabung Endowmen MPHS.

Setiap sumbangan anda mampu membantu memperluaskan lagi manfaat Tabung Endowmen MPHS kepada komuniti Hulu Selangor.

Sumbangan Hari Ini, Manfaat Untuk Hari Esok.
 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 13 November 2026, 09:36:10.
Jumlah Pelawat :
01410712

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015