Lawatan Perkongsian Ilmu dan Amalan Terbaik Pelaksanaan Reka Bentuk Sejagat

LAWATAN KERJA JABATAN BANGUNAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS) KE MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR (MPKS) BAGI PERKONGSIAN ILMU DAN AMALAN TERBAIK PELAKSANAAN REKA BENTUK SEJAGAT (UNIVERSAL DESIGN)
Kuala Selangor, 12 Oktober 2026 – Jabatan Bangunan MPHS telah mengadakan Lawatan Perkongsian Ilmu dan Amalan Terbaik Pelaksanaan Reka Bentuk Sejagat (Universal Design) di Bilik Mesyuarat Malawati, Ibu Pejabat MPKS pada 12 Oktober 2026.
Lawatan ini bertujuan untuk perkongsian dan pemantapan Pelaksanaan Reka Bentuk Sejagat (Universal Design) serta pelaksanaan Akses Audit.
Sesi perkongsian turut menjadi platform bagi pertukaran pandangan, pengalaman dan amalan terbaik di antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkemas tatacara kerja serta meningkatkan perlaksanaan Akses Audit bagi Reka Bentuk Sejagat didalam Daerah Hulu Selangor.
Delegasi MPHS yang diketuai oleh Puan Sarah binti Bakar dari Jabatan Bangunan MPHS, Puan Nor Alia binti Zakri dari Bahagian Pusat Setempat(OSC) beserta 3 pegawai dari Jabatan Bangunan yang terlibat telah disambut oleh Yang Dipertua MPKS, YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, bersama Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MPKS, Ts. Faezah binti Abd Aziz, selaku Penyelaras Pasukan Audit Aksesibiliti MPKS.
Turut hadir ialah ahli-ahli Pasukan Audit Aksesibiliti MPKS yang terdiri daripada wakil Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Landskap, Jabatan Perancangan dan Pembangunan serta Unit Pusat Setempat (OSC). Penglibatan pelbagai jabatan ini mencerminkan pendekatan kerjasama bersepadu MPKS dalam memperkukuh pelaksanaan Reka Bentuk Sejagat di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Lawatan ini memberi tumpuan kepada perkongsian amalan terbaik MPKS dalam memperkasakan pelaksanaan Reka Bentuk Sejagat, merangkumi penubuhan dan pengoperasian Pasukan Audit Aksesibiliti, pelaksanaan audit aksesibiliti kemudahan awam, penyediaan senarai semak teknikal serta pendekatan pemantauan pematuhan elemen aksesibiliti dalam pembangunan persekitaran bandar yang dibentangkan oleh Ts. Faezah binti Abd Aziz, selaku Penyelaras Pasukan Audit Aksesibiliti MPKS.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor khususnya Jabatan Kawalan Bangunan, MPKS serta Jabatan Teknikal Dalaman atas sambutan mesra, perkongsian ilmu, pengalaman serta kesudian menerima kunjungan delegasi MPHS. Kerjasama dan keterbukaan yang diberikan amat dihargai dan diharapkan dapat terus diperkukuh pada masa akan datang.
Semoga lawatan penanda aras ini dapat memperkukuh hubungan serta jalinan kerjasama strategik yang baik antara MPHS dan MPKS di samping menjadi platform perkongsian amalan terbaik ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan PBT demi penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen kedua-dua PBT dalam memperkukuh tadbir urus, memperluas perkongsian kepakaran serta meningkatkan keupayaan pelaksanaan Reka Bentuk Sejagat melalui pertukaran pengalaman dan amalan terbaik.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 16 Oktober 2026, 10:00:43.
Jumlah Pelawat :
01390214

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015