FESTIVAL BUDAYA SELANGOR: MERAIH KEUNIKAN WARISAN BUDAYA
19 September 2026 -YBrs.Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Pervandaran Hulu Selangor hadir Majlis Pelancaran Pelancongan Budaya Festival Budaya Selangor yang berlangsung di Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Borhan bin Aman Shah, EXCO Perumahan dan Kebudayaan Selangor serta turut dihadiri barisan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan, Pegawai Daerah dan ketua-ketua jabatan.
Festival ini mengetengahkan keunikan dan kepelbagaian warisan budaya dari sembilan daerah di Negeri Selangor melalui persembahan muzik, busana tradisional dan tarian yang mencerminkan identiti serta khazanah budaya setiap daerah.
Penganjuran Festival Budaya Selangor ini bertujuan memperkasakan seni warisan tempatan seperti tarian dan muzik tradisional agar tidak pupus, di samping memupuk apresiasi budaya serta menyatukan masyarakat berbilang kaum. Pada masa yang sama, festival ini berfungsi sebagai pemangkin sektor pelancongan dengan menarik pelancong domestik dan antarabangsa menerusi kempen "Pusing Selangor Dulu!", sekali gus merancakkan ekonomi tempatan melalui sokongan kepada penggiat seni, pengusaha perniagaan kecil, dan perkhidmatan setempat.
















