Program ‘Hike For Green’ Berjaya Kumpul 5kg Sisa Sampah di Lata Medang

PROGRAM ‘HIKE FOR GREEN’ BERJAYA KUMPUL 5KG SISA SAMPAH DI LATA MEDANG

LATA MEDANG, 19 September 2026 – Program CSR ‘Hike for Green’ bertemakan Sayangi Sungai Kita bersama UNITEN Athletics Club dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MPHS yang dijalankan di salah satu kawasan rekreasi tumpuan di Hulu Selangor iaitu Air Terjun Lata Medang, telah berjaya mengumpul sebanyak 5.0 kilogram sisa. 

Sisa yang berjaya dikumpul termasuk pelbagai jenis plastik seperti pembungkus snek tenaga, botol plastik minuman, dan paket gel tenaga yang ditinggalkan di sepanjang laluan pendakian.

Inisiatif ini bukan sahaja menyokong agenda kelestarian alam sekitar, malah memenuhi keperluan beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya SDG 6 (Air Bersih dan Sanitasi), SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan), SDG 12 ( Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab), SDG 14 (Kehidupan di Bawah Air), dan SDG 15 (Kehidupan di Darat).

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyeru supaya para pengunjung agar lebih bertanggungjawab dengan mengamalkan budaya "Bawa Pulang Sampah Anda". Kesedaran dan keperihatinan bersama amat penting bagi memastikan kebersihan dan keindahan alam sekitar sentiasa terpelihara.
 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Rabu 23 September 2026, 01:39:52.
Jumlah Pelawat :
01372939

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015