Majlis Penyampaian Hadiah Utama Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MPHS 2026

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH UTAMA CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN MPHS 2026

Bukit Sentosa, 24 Oktober 2026 - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Utama Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MPHS 2026 bertempat di Bukit Beruntung bersempena Program Hari Tanpa Kenderaan MPHS.
Majlis penyampaian ini merupakan kemuncak penghargaan kepada para pembayar cukai taksiran yang telah memenuhi syarat penyertaan dan berjaya memenangi hadiah utama menerusi kempen Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MPHS 2026.
TAHNIAH KEPADA TUJUH PEMENANG HADIAH UTAMA!

Motosikal Modenas Karisma 125 cc
  • KOW BEE LENG
  • ROSLAN BIN MAJID & GAYAH BINTI MAJID

Skuter Elektrik EZI RAY-01
  • MOHAMED RADZUAN BIN MOHAMED NORDIN
  • CHONG SUAT MOOI

Motosikal Yamaha Avantiz 125 cc
  • SUZANA BINTI ANWAR
  • NARINDER SINGH

Kereta Perodua Myvi 1.3 (Spesifikasi G)
  • YAP KOI PENG & CHAI SIVO CHUN
MPHS merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang serta penghargaan kepada seluruh pembayar cukai taksiran atas sokongan dan komitmen yang diberikan sepanjang penganjuran kempen Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MPHS 2026.
CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN MPHS KEMBALI PADA TAHUN 2027!
Berita baik kepada semua pembayar cukai taksiran! MPHS akan meneruskan penganjuran Cabutan Bertuah Cukai Taksiran pada tahun 2027. Oleh itu, para pembayar cukai diseru untuk memenuhi segala syarat yang ditetapkan MPHS bagi melayakkan anda menyertai Kempen Cabutan Bertuah 2027.
Untuk melayakkan anda menyertai kempen cabutan bertuah ini. Anda perlu pastikan;
- Anda merupakan warganegara malaysia dan pemilik harta berdaftar di bawah MPHS
- Melanggani Bil maya MPHS
- Menjelaskan tunggakkan cukai taksiran dan membuat bayaran cukai setahun (penggal 1&2) secara atas talian mengikut tempoh yang ditetapkan.
- Tidak menerima sebarang insentif cukai taksiran daripada Kerajaan Negeri atau dari Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Pembayaran cukai taksiran bukan sekadar tanggungjawab, malah merupakan sumbangan penting dalam memastikan kelangsungan perkhidmatan perbandaran, penyelenggaraan kemudahan awam, kebersihan persekitaran dan pembangunan Hulu Selangor yang mampan.

Jelaskan cukai taksiran anda, penuhi syarat kelayakan dan nantikan Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MPHS 2027!
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
Ke Arah Pembangunan Mampan dan Sejahtera.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Rabu 28 Oktober 2026, 07:39:16.
Jumlah Pelawat :
01397878

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015