Sambutan Ulang Tahun Perbandaran Ke-5 MPHS | Hari Tanpa Kenderaan 2026

SAMBUTAN ULANG TAHUN PERBANDARAN KE-5 MPHS | HARI TANPA KENDERAAN 2026

Bukit Sentosa, 24 Oktober 2026 - Sambutan Ulang Tahun Perbandaran Ke-5 Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dimeriahkan dengan penganjuran Program Hari Tanpa Kenderaan yang turut diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor bertempat di Persiaran As-salam, Bukit Sentosa.
Penganjuran program ini bukan sahaja menyokong matlamat pembangunan bandar mampan dan menggalakkan aktiviti bersama keluarga, malah menjadi wadah untuk meraikan kejayaan MPHS bersama-sama warga Hulu Selangor yang turut membantu sehingga MPHS dinaik taraf kepada status perbandaran.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya Pink Walk sejauh 3 kilometer, Jualan Ehsan Rahmah, penyampaian hadiah utama Cabutan Bertuah Cukai Taksiran 2026, pameran agensi, Petting Zoo, Pertandingan mewarna serta Program Tanam dan Sumbang Pokok. Selain itu, pelbagai aktiviti lain turut disediakan untuk komuniti.
Sebagai simbolik sambutan ulang tahun, YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS telah memotong pulut kuning bersama-sama barisan Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan yang hadir. Majlis turut membuat edaran sebanyak 1200 pulut kuning juga turut kepada pengunjung yang hadir.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada semua pelabur, pemaju, perunding, rakan strategik serta warga Hulu Selangor atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam bersama-sama memacu kemajuan daerah ini.
Semoga MPHS terus melangkah maju dalam membangunkan Hulu Selangor yang mampan, sejahtera dan berdaya saing.
Lima Tahun MPHS, Bersama Memacu Kegemilangan Hulu Selangor!

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Selasa 27 Oktober 2026, 02:29:16.
Jumlah Pelawat :
01397175

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015