Majlis Penyerahan Inisiatif Pemerkasaan Komuniti Strata Selangor Tahun 2026

MAJLIS PENYERAHAN INISIATIF PEMERKASAAN KOMUNITI STRATA SELANGOR TAHUN 2026

17 September 2026 | Wyndham Acmar Klang
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) melalui Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) telah menghadiri Majlis Penyerahan Inisiatif Pemerkasaan Komuniti Strata Selangor Tahun 2026 anjuran Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) yang berlangsung di Wyndham Acmar Klang yang telah diwakili oleh Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB), Pn. Nurul Asshima binti Aminullah.
Majlis yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor ini mengetengahkan inisiatif pemerkasaan komuniti strata bagi tahun 2026, antaranya Skim CERIA, Program Revitalisasi Kediaman Pangsapuri dan Pengukuhan Komuniti Selangor (SPARK) serta C-SMART 2.0.
Bagi kawasan strata di bawah seliaan MPHS, penerima inisiatif pada tahun ini adalah seperti berikut:

Skim CERIA
• Pangsapuri Buginvilla, Taman Bunga Raya

Program SPARK
• Pangsapuri Seri Kembangan , Bukit Sentosa
• Pangsapuri Seri Tulip, Bukit Sentosa
Inisiatif ini merupakan antara usaha berterusan Kerajaan Negeri Selangor dalam meningkatkan kualiti persekitaran kediaman strata melalui penambahbaikan fizikal, penyelenggaraan serta pengukuhan penglibatan komuniti dalam pengurusan dan penjagaan kawasan kediaman masing-masing. Selain itu, inisiatif ini juga diberikan sebagai tanda sokongan berterusan dalam memperkukuh kesejahteraan komuniti strata di Negeri Selangor.
Majlis ini juga turut menyaksikan pelancaran logo baharu Skim CERIA
MPHS melalui Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) akan terus menyokong usaha pemerkasaan komuniti strata serta menggalakkan pengurusan kediaman berstrata yang lebih teratur dan mampan demi mewujudkan persekitaran kediaman yang selesa, selamat dan sejahtera.

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 21 September 2026, 03:51:35.
Jumlah Pelawat :
01371355

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015