MPHS MEMPERKUKUH SISTEM SALIRAN MELALUI PELAKSANAAN PROJEK MITIGASI BANJIR DI TAMAN BUKIT TERATAI, SUNGAI CHOH
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) melalui Jabatan Kejuruteraan telah menyempurnakan projek menaik taraf longkang di Taman Bukit Teratai, Sungai Choh sebagai usaha memperkukuh sistem saliran serta mengurangkan risiko kejadian banjir di kawasan berkenaan.
Pelaksanaan projek ini melibatkan penambahbaikan sistem perparitan sedia ada bagi meningkatkan kapasiti saliran, melancarkan aliran air serta mengurangkan risiko limpahan air ketika hujan lebat.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan MPHS dalam meningkatkan kecekapan infrastruktur awam demi menjamin keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat.
















