Sesi Libat Urus Pelancongan Lestari dan Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun

SESI LIBAT URUS PELANCONGAN LESTARI DAN KONSERVASI HIDUPAN LIAR SUNGAI DUSUN

11 November 2026 | Rizab Hidupan Liar Sungai Dusun
Sesi Libat Urus Pelancongan Lestari dan Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun telah berlangsung pada hari ini dengan tema “Memperkasa Peranan Komuniti dalam Kelestarian dan Pemeliharaan Hidupan Liar”.
Program ini telah dirasmikan oleh Y.A. Bhg. Datin Seri Masdiana Muhamad, Yang Dipertua PEKAWANIS, serta disertai oleh wakil daripada PEKAWANIS, PUSPANITA, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).
Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan kepentingan penglibatan semua pihak, khususnya komuniti setempat dan agensi berkaitan, dalam memastikan pembangunan sektor pelancongan dilaksanakan secara lestari tanpa menjejaskan keseimbangan ekosistem serta habitat semula jadi hidupan liar. Usaha pemeliharaan dan pemuliharaan ini memerlukan komitmen serta kerjasama berterusan bagi memastikan khazanah alam terus terpelihara.
Antara pengisian program termasuk taklimat Rizab Hidupan Liar Sungai Dusun, aktiviti batik bertemakan “Kami Sayang Tapir Malaya”, penanaman pokok makanan tapir serta lawatan ke Zon Konservasi Tapir. Aktiviti ini memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan pemeliharaan habitat dan usaha konservasi Tapir Malaya.
Penganjuran sesi libat urus ini diharap dapat memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara agensi dan komuniti, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan konservasi hidupan liar serta menyokong pembangunan pelancongan lestari di Daerah Hulu Selangor.
Bersama Memelihara Alam, Memperkasa Komuniti dan Melestarikan Khazanah Hidupan Liar.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Khamis 12 November 2026, 08:15:55.
Jumlah Pelawat :
01409681

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015