Penyerahan Obor SUKMA Selangor: MPHS ke MPS

PENYERAHAN OBOR SUKMA SELANGOR: MPHS KE MPS 
Tempat: Dataran Ilmu Bandar Baru Selayang
Tarikh: 27 Jun 2026 (Sabtu)
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menyempurnakan acara simbolik Penyerahan Obor SUKMA Selangor kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebagai tanda kesinambungan semangat kesukanan dan perpaduan menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor.
Penyerahan obor tersebut telah disempurnakan oleh Puan Julaiha Binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, kepada Yang Dipertua MPS sebagai simbol penyatuan, kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan penganjuran SUKMA Selangor.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Puan Dewi Dirwana Binti Munasir, Setiausaha MPHS, wakil Ahli Majlis MPHS, para Pengarah Jabatan serta barisan kakitangan MPHS yang memainkan peranan penting dalam menjayakan gimik penyerahan obor tersebut.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 10 Julai 2026, 09:50:16.
Jumlah Pelawat :
01292467

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015