PROGRAM JOM BERSIH HULU SELANGOR @ PEJABAT UTAMA MPHS SIRI KE-3: MPHS BERJAYA KUMPUL 255.6KG BAHAN KITAR SEMULA
KUALA KUBU BHARU, 30 Oktober 2026 – Program Jom Bersih Hulu Selangor @ Pejabat Utama MPHS siri ketiga anjuran Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) telah berjaya mengumpulkan sebanyak 255.60kg kilogram bahan kitar semula, sekali gus mencerminkan komitmen tinggi kakitangan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) terhadap amalan kelestarian dalam kehidupan seharian.
Jumlah kutipan tersebut merangkumi 51.55 kilogram minyak masak terpakai, 14 unit sisa elektronik seberat 5.35 kilogram, 197.10 kilogram kertas dan kotak, serta 1.6 kilogram plastik campur. Pencapaian ini jelas mencerminkan keberkesanan pelaksanaan program dalam mengurangkan jumlah sisa yang berakhir di tapak pelupusan.
Program yang disertai kakitangan daripada pelbagai jabatan ini bertujuan menggalakkan budaya kitar semula serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar. Inisiatif ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030, khususnya SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan) dan SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab) serta menyokong Pelan Induk Pengurusan Sisa Pepejal Negeri Selangor, yang menekankan pengurangan sisa di punca melalui kitar semula dan ekonomi kitaran.
MPHS komited untuk meneruskan pelaksanaan program seumpama ini secara berterusan bagi memperkukuh budaya kitar semula dalam kalangan warga kerja, seterusnya menyumbang kepada usaha pemeliharaan alam sekitar pada masa hadapan dan pembentukan daerah Hulu Selangor yang bersih, lestari dan berdaya tahan.
















