Yang Dipertua MPHS Dijemput Sebagai Ahli Panel Dialog Sempena National Planning Congress (NPC) 2026
Bersempena National Planning Congress (NPC) 2026, YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel bagi sesi Dialogue 4: Delivering Liveable and Resilient Asian Cities through Good Governance yang berlangsung di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada hari ini.
Puan Yang Dipertua telah berkongsi pengalaman MPHS dengan tajuk "Strengthening Local Government Capacity for Future Urban Challenges".
Sesi dialog tersebut telah dikendalikan oleh YBhg. Datuk TPr Ismail Ibrahim, Ahli Majlis Penasihat Malaysian Institute of Planners (MIP), selaku moderator dengan penyertaan dua ahli panel lain iaitu Mr. Li Yu Zhou, Naib Presiden Pertama Singapore Institute of Planners dan TPr Haji Ihsan Zainal Mokhtar, Mantan Presiden MIP / Ahli Majlis Penasihat MIP.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen MPHS dalam memperkasakan tadbir urus perbandaran serta merealisasikan aspirasi "Perbandaran Pintar, Lestari dan Dinamik".
No content found
















