Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Secara Usahasama di antara MPHS bersama WorldKlang Group Development Sdn. Bhd.

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBANGUNAN SECARA USAHASAMA DI ANTARA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR BERSAMA WORLDKLANG GROUP DEVELOPMENT SDN. BHD.

Petaling Jaya, 4 November 2026, – Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Secara Usahasama di antara Majlis Perbandaran Hulu Selangor bersama WorldKlang Group Development Sdn. Bhd. telah berlangsung dengan jayanya di M Resort & Hotel Kuala Lumpur, sebagai sebahagian daripada usaha menyokong agenda pembangunan daerah Hulu Selangor ke arah sebuah kawasan yang lebih maju, dinamik dan berdaya saing.
Dalam majlis tersebut turut menyaksikan upacara simbolik penyerahan kunci replika antara MPHS dan WKG yang diwakili oleh YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, YDP MPHS dan Tuan Joshua Pung See Hua, Pengarah Eksekutif WKG yang bukan sekadar simbolik berakhirnya fasa pembinaan dan pembangunan, tetapi ia juga merupakan bukti nyata keberkesanan sebuah kolaborasi strategik antara sektor awam dan swasta (Public Private Partnership).
Turut hadir Y.A.D Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor; Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha MPHS; Dr. Sathia Prakash a/l Nadarajan, Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, ahli-ahli majlis serta pengarah jabatan MPHS dan pengurusan WKG.
Usahasama ini terjalin bagi memastikan aset milik Majlis tidak terus terbiar tanpa memberikan pulangan yang sewajarnya. Melalui kerjasama ini, pihak Majlis dapat memanfaatkan kepakaran, pengalaman serta keupayaan pembangunan pihak swasta, sekali gus mengurangkan keperluan pihak Majlis untuk menanggung keseluruhan kos pembangunan dan risiko pelaksanaan projek.
Projek pembangunan ini melibatkan kawasan tanah seluas 10 ekar yang merangkumi pembinaan sebanyak 88 unit kedai pejabat dua tingkat, sebuah pasaraya serta sebuah stesen minyak Petronas.
Menerusi perjanjian usahasama yang telah dimeterai, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) akan menerima sebanyak 18 unit kedai pejabat dua tingkat, yang terdiri daripada 15 unit lot tengah dan 3 unit lot hujung (corner lot).
Selain itu, tapak stesen minyak yang dibangunkan menerusi projek usahasama ini kini merupakan hak milik 100 peratus MPHS dan telah dipajakkan untuk tujuan operasi stesen minyak tersebut. Stesen minyak tersebut juga telah siap dibangunkan dan kini telah mula beroperasi, sekali gus memberikan manfaat kepada pengguna serta menjadi salah satu aset strategik milik Majlis.
Semoga projek ini menjadi satu contoh kejayaan pembangunan usahasama yang dapat memberikan manfaat kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor, merancakkan ekonomi setempat dan menyumbang kepada kemajuan daerah Hulu Selangor secara keseluruhannya.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 06 November 2026, 09:16:48.
Jumlah Pelawat :
01405088

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015